Cybersecurity (Bagaimana Akaun Bank Anda Dicuri Tanpa Sedar)
8 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 7 Mei 2026 yang lalu, isu keselamatan siber semakin membimbangkan apabila banyak kes kecurian akaun bank berlaku tanpa disedari oleh pemilik akaun. Penjenayah siber menggunakan pelbagai kaedah seperti pautan palsu, panggilan scam dan aplikasi berbahaya untuk mendapatkan maklumat perbankan mangsa. Ada juga mangsa yang tertipu dengan laman web palsu yang menyerupai laman rasmi bank sehingga menyebabkan wang dalam akaun mereka hilang.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan perbankanb dalam talian. Pengguna perlu mengelakkan daripada berkongsi maklumat perbankan, menekan pautan mencurigakan serta memastikan kata laluan akaun sentiasa selamat. Kesedaran tentang keselamatan siber amat penting bagi mengelakkan masyarakat menjadi mangsa jenayah siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: